RESEPI PUDING CARAMEL VIRAL SEDAP

Assalamualaikum hakak2 habang2 hadik2 semua.

Hakak nak kongsi resepi Puding Karamel yang sedap lazat nim. Setelah try and error berkali-kali, finally menjadi jugak, alhamdulillah. Tadaaa....






BAHAN DAN CARA:-

Karamel:

  • 1/4 cawan air 
  • 1 cawan gula kasar

1) Campurkan 1/4 cawan air + 1 cawan gula kasar. Ratakan menggunakan sudu.
2) Panaskan atas api sederhana dan biarkan hingga berwarna perang / gold brown. Ingat! jangan kacau guna sudu. *Tips ni sebab karamel ni senang sangat hangus
3) Bila karamel dah warna keperangan / gold brown, terus tuang ke dalam loyang( yang dah lumur minyak/margerin) dan biarkan.


Puding:

  • 5 biji telur B 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar gula kasar
  • 1 cawan air

1) Pecahkan 5 biji telur dan kacau sehingga berbuih kembang. Kemudian masukkan 1 sudu teh esen vanilla ke dalam telur tadi dan kacau biasa sahaja.
2) Sediakan bekas lain untuk campurkan 1 tin susu cair + 3 sudu besar gula + 1 cawan air. Panaskan atas api perlahan dan kacau hingga gula tu sebati. Ingat! jangan sampai terlalu berbuih.
3) Kemudian bila dah suam-suam tu, masukkan step nombor 2 kedalam nombor 1. Kacau sebati.
4) Kemudian tuang kedalam bekas dengan menggunakan penapis. Ulang step tapis sekurangnya 3 kali. Nak 4 atau 5 kali pon boleh lagi bagus.
5) Last sekali tuang kedalam loyang yang dah ade karamel tadi. Tutup loyang dengan kertas aluminium. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Check dengan cake tester tu kalau dah tak lekat tu masak la :)
6) Biarkan sejuk sikit baru terbalikkan puding karamel tu. Selamat menjamu hakak2 semua. KLIK SINI. Tenkiu :)


MUCH LOVE,
COOKIELICIOUS


Comments

Popular Posts